Author: Nur
•8:38:00 PTG
Wahai diri tabahlah..buangkan jauh-jauh segala perasaan syak wasangka dan kesedihan yang melandamu.

Sentiasalah wahai hati untuk bersangka baik dengan sahabat-sahabatmu
ingatlah walau apa pun yang mereka lakukan terhadapmu..sentiasalah untuk membalas dengan perbuatan baik dan berlapang dada.

Tetapi..sejauhmanakah kemampuan seseorang untuk terus bersangka baik..?

Jawapannya..bersangka baiklah selagimana kita tidak melihat dengan sendiri perbuatan sahabat kita itu..

Dan..jika ditakdirkan Allah kita dapat membuktikan bahawa segala syak wasangka kita itu adalah benar..cubalah..untuk tidak menjadikan ia penyebab pergaduhan kita dengan sahabat.

Cubalah untuk tanamkan bukti itu..disudut hati yang paling dalam, agar ia tidak dapat dilihat, dikesan dan diambil kembali..

Ingatlah walau sekuat manapun kata hati untuk mengambil kembali..jangan..jangan..kerana itu semua adalah tipu daya syaitan yang ingin menhancurkan sebuah persahabatan dan hanya akan menambah luka dihati serta parut yang luka lama terbuka dan berdarah kembali.

~Ya Allah kuatkan diriku untuk terus menjadi seorang yang sentiasa berlapang dada..~


.. Terasa kehilangan dan kekurangan sesuatu..dalam persahabatan..
Author: Nur
•3:27:00 PTG


Dan seorang remaja berkata, 
Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.
Dan dia  menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya;
kerana tanpa ungkapan kata, dalam  persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.

Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.
Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika  kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran Khalil~
Author: Nur
•5:00:00 PTG


Seandainya aku disuruh memilih antara harta yang banyak atau kedudukan yang tinggi dengan jiwa tenteram yang damai dan selalu tersenyum, pastilah aku memilih yang kedua. Sebabnya ialah, apalah ertinya pangkat dan kedudukan sekiranya jiwa sering cemas? Apalah ertinya segala yang ada didunia ini, bila perasaan sering sedih seumpama orang baru sahaja selesai menghantar jenazah kekasihnya? Apalah erti kecantikan seorang isteri sekiranya sering berwajah suram dan hanya membuatkan suasana rumahtangga seperti sebuah neraka sahaja? Tentulah, seorang isteri yang tidak terlalu cantik akan menjadi seribu kali lebih baik sekiranya dia mampu menjadikan suasana rumah tangganya laksana syurga setiap saat,

Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus dan untuk menutupi perangai yang tidak baik. Lihatlah setiap bunga yang tersenyum, hutan tersenyum, sungai dan lautan, langit, bintang-bintang dan burung-burung semuanya tersenyum. Dan manusia, sesuai dengan watak dasarnya, adalah makhluk yang suka tersenyum jikalau dalam dirinya tidak menonjolkan penyakit tamak, jahat dan egoisme yang sering membuat raut wajah tampak kusut dan muram. Raut wajah seseorang adalah bisikan gambaran keadaan jiwanya. Oleh kerana itu, tidak akan tampak keindahan dari orang yang hatinya kotor. 

                                                                                                                                         (Dr.'Aidh Qarni)
Author: Nur
•1:23:00 PG


Di sana-sini semua orang sibuk mengucapkan selamat hari bapa, jika hari ibu disambut pada bulan mei manakala bulan jun merupakan sambutan hari bapa. Walaupun hari-hari merupakan hari bapa namun perlu juga satu tarikh yang mana ia disambut secara beramai-ramai untuk menambahkan lagi rasa dihargai oleh bapa-bapa semua, begitu juga dengan hari ibu.

Betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa, yang mana tak mungkin akan mampu kita membalasnya. Walau apa pun yang kita lakukan, namun kita seharusnya berbakti kepada mereka selagi mereka masih lagi bernyawa dan lakukanlah yang terbaik untuk mereka. Berbaktilah kepada ibu-bapa tanpa syarat sebagaimana mereka menjaga kita tanpa syarat. Jangan kerana ibu-bapa kita miskin, tiada pangkat dan darjat yang boleh dibanggakan dan tak mampu lagi untuk menyumbangkan sesuatu kepada kita maka dibiarkan mereka di rumah-rumah orang tua dan diabaikan tanggungjawab kepada mereka apabila mereka memerlukan perhatian kita.

Dan..jika kita ditakdirkan tergolong dalam golongan yang telah diabaikan tanggungjawab oleh mereka, jangan kita jadikan itu alasan untuk membiarkan mereka menghabiskan sisa kehidupan tanpa perhatian kita..walau sejahat mana pun perbuatan mereka...mereka tetap ibu-bapa kita. Ingatlah...kita takkan dapat memutuskan ikatan antara anak dan ibu-bapa..dan ingatlah juga kita suatu hari nanti akan mempunyai anak...jika itu yang kita lakukan kepada ibu-bapa kita..adakah tidak mungkin itu juga akan dilakukan oleh anak-anak kita kepada kita?? Dan yang paling penting..ingatlah akan balasan Allah...fikir-fikirkanlah..

Selamat hari bapa buat ayahku dan buat semua yang bergelar bapa .Buat bapa-bapa semua dan bakal-bakal bapa..laksanakanlah tanggungjawab kepada anak-anak sehabis-habisnya..didiklah anak-anak dengan didikan agama, kerana didikan agama merupakan benteng pertahanan yang amat kukuh buat kamu dan anakmu. Binalah benteng itu dengan sebaiknya dan jagalah ia sentiasa daripada dirobohkan oleh makhluk-makhluk durjana yang sentiasa mencari peluang untuk meruntuhkannya.

Buat yang bergelar ayah..terimalah..

Ketika kejauhan
Masihku ingat hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pemerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat dihati…..

Tajuk Nasyid : Ayah
Artis : Ae-man
Album : Permata Ayah Bonda

************************************************************************************


Ayah..
Disebalik redup wajahmu..
aku dapat lihat kasih-sayangmu terhdp anak2..
walau tak pernah kau luahkan..
tp aku dapat merasainya..

Ayah..
Walau siapa pun ayah pada pandangan orang lain..
tp aku tetap merasakan ayahlah yang terbaik..
aku tahu ayah dah cuba yang terbaik..
malah sehabis baik..

Ayah..
Jika ditakdirkan ayah tak berharta..
Aku akan tetap menjagamu sebaik mungkin..
kerana..bukanlah dengan harta ukuran nilaimu.
malah nilaimu tak mungkin setanding
dengannya..

Ayah..
Betapa sayangnya aku kepadamu..
namun lidahku kelu untuk meluahkannya..
dan bagiku..kasih sayang itu tak perlu diluahkan dengan kata-kata..
tp..perlu dizahirkan dengan perbuatan..
kerana..itu lebih bererti..

Ayah..
Walaupun kita ditakdirkan untuk tidak tinggal bersama..
dan walau banyak halangan untuk memisahkan kita...
tp aku tetap merasai keterikatan hubungan antara anak dan bapa..
yang tak dapat dipisahkan oleh apa jua pun..

Ayah..
Aku selalu memohon kepada Allah..
jangan biarkan kau ditimpa sakit..
dan..jika kau ditakdirkan ditimpa sakit..
biarlah bebanan sakit itu ditimpa keatasku..

Ayah..
Akanku sentiasa memohon kepada Allah utk
kebahagian kita hidup di dunia dan akhirat..
dan berakhirnya kehidupan kita dgn kesudahan yg baik..
Aamin ya Rabbal a'lamin.

~Aku bukanlah yang terbaik untuk kedua ibu-bapaku..tp akanku cuba yang terbaik~

************************************************************************************
Author: Nur
•9:13:00 PTG


Tidaklah kehidupan ini melainkan tidur yang mengharapkan mimpi bagi yang mencari kepuasan diri.
Rahsia dalam jiwa ialah kesedihan yang disembunyikan,
jika hilangnya (kesedihan) maka kegembiraan pula menyelubungi. 
Sekiranya kamu dapat melepasi kemewahan dan kesusahan,
engkau pasti dapat menghampiri naungan tuhan yang mengembalikan kebenaran fikiran.
Author: Nur
•10:58:00 PTG


Tak de siapa yang tahu kecuali ALLAH apa yang akan terjadi esok, lusa dan seterusnya. Pendek kata tak de siapa boleh agak REALITI masa depan kita. Kita cuma boleh merancang, boleh bermimpi, boleh bercita-cita, boleh berangan supaya apa yang kita nak menjadi KENYATAAN. Semua tu tak susah, tak sakit pun..tp cuma pasang angan-angan jela.

Tapi kita kena ingat apa dalam hidup ni tak semua yang kita nak, kita boleh dapat. Kadang-kadang apa yang kita nak sangat itulah yang kita tak dapat. Dan benda yang kita tak pernah mimpi dan idam-idam tak pasal-pasal jadi milik kita, inilah yang dinamakan takdir Allah s.w.t. Tapi manusia tak pernah puas dengan apa yang ada, benda yang kita tak boleh dapat tulah yang kita nak sangat, kita cuba juga untuk dapatkan. Munkin...sebab terlalu ISTIMEWA..sampai kita tak sedar sebenarnya benda yang kita dah ada, benda yang kat depan mata kita lagi istimewa.

Untuk menjadikan benda yang kita dah ada ISTIMEWA...cuba buka mata, tengok disekeliling kita, tengok apa yang ada pada kita, renung balik..dan hasilnya kita akan sedar bahawa kita sebenarnya memang ISTIMEWA bagi diri kita dan orang yang menghargai kita. Tak payah susah-susah untuk menjadi orang lain atau nakkan benda yang orang lain ada..kerana mungkin orang lain juga tak ada apa yang kita ada..yakinlah setiap manusia pasti ada kekurangannya walau apa pun pangkat yang dia ada.

Hidup perlu BERSYUKUR dan BERSABAR, bukan salah mempunyai IMPIAN...cuma jangan jadikan impian kita sumber KESEDIHAN, biar ia jadi INSPIRASI, berusaha untuk dijadikan REALITI.

Kalaulah kita mengharapkan mimpi yang indah..dan ia tak menjadi nyata..kita kena terima itu telah ditakdirkan. Takdir tak pernah menzalimi, apa sahaja yang berlaku pasti ada hikmahnya..yakinlah itu..cuma..mungkin kita tak nampak atau tak sedar lagi.
Author: Nur
•9:06:00 PTG
Subhabanallah...Allahuakbar...

Ya Allah,
betapa beratnya seksaan api nerakaMu,
tp kenapa ya Allah aku masih lagi melakukan perkara yang membawa aku kesana
Aku sentiasa mungkiri janji-janjiku terhadapMu.
Di waktu aku susah pelbagai amalan kebaikan dan janji aku taburkan untuk meraih simpati dan pertolonganMu
dan bila di waktu senang aku terus lupa padaMu.

Ya Allah,
Sedarkanlah aku..sedarkanlah aku..sedarkanlah aku...
buangkanlah semua sifat-sifat syaitan yang telah melekat pada diriku.
hancurkan selumat-lumatnya segala sifat mazmumah yang terdapat pada diriku ini
hiasilah diriku dengan sifat mahmudah

Ya Allah, sentiasalah ingatkan aku tentang kematian,
Ya Allah, sentiasalah didik aku dengan agamaMu yang indah ini.
Ya Allah, masukkanlah aku didalam golongan orang yang engkau redhai.
Ya Allah, istiqamahkanlah aku dalam perjuangan menegakkan agamaMu.
Ya Allah, berikanlah aku kesabaran dalam menghadapi apa sahaja dugaan dariMu.
Ya Allah, ikhlaskanlah aku dalam melaksanakan perintahMu.
Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam berukhwah.
Ya Allah, akhirilah kehidupanku ini dengan kesudahan yang baik.
Ya Allah, masukkanlah aku di dalam syurga FirdausMu.
Aminn..ya Rabbal a'lamin.