Author: Nur
•12:15:00 PTG

Di hari Jumaat yang mulia, yang merupakan penghulu segala hari dan hari berlakunya hari kiamat ini mari sama-sama kita berkongsi dan sama-sama nasihat menasihati antara satu sama lain. Perkongsian ini bukan ditujukan kepada sesiapa tetapi lebih ditujukan kepada diri sendiri sebagai peringatan dan untuk kebaikan dimasa hadapan. Tp jika ada pembaca yang terasa terkena juga bolehlah sama-sama kita perbaiki kelemahan diri masing-masing...InsyaAllah.

        Bila saja berbicara tentang kematian dan kehidupan akhirat kita pasti akan cuba elakkan daripada mendengarnya, dan bila hati kita mengatakan yang mati itu pasti dan ia akan menjemput sesiapa sahaja.,bila-bila masa tanpa mengenal usia..kita cuba nafikan sekeras-kerasnya kata hati itu dengan mengatakan aku muda lagi..tak mungkin aku akan mati pada usia sebegini..Subhanallah..Apa yg telah mempengaruhi hati kita untuk menafikannya? tepuk dada tanyalah iman masing-masing. Apa khabar dengan iman kita pada waktu itu? adakah sedang menurun atau sebaliknya? Kita selalu takut apabila orang menceritakan tentang kematian dan kita cuba untuk tidak memikirkan bahawa ia juga akan berlaku kepada kita. Dan kita rasa dengan tidak memikirkannya kita tidak akan menghadapinya dan cuba untuk mengelak dari ambil tahu tentang kematian. ketahuilah sejauh mana pun kita berlari, sedalam mana pun kita bersembunyi, sekuat apa pun benteng pertahanan kita, sekeras mana pun penafian kita untuk memikirkannya, bila sampai saat dan masanya kita pasti akan mati. Inna lillahi wainna ilaihi rajiun. Kenapa kita perlu mati..? kerana....

    Sedarkah kita semua hidup kita di dunia ini hanyalah sekadar dipersinggahan untuk menuju kepada kehidupan yang hakiki iaitu kehidupan akhirat yang kekal abadi. Kita dihantar di dunia ini untuk mencari dan mengumpulkan bekalan sebanyak-banyaknya untuk hidup disana, kerana bila kita telah berada disana pintu bekalan telah dikunci serapat-rapatnya. Meranalah orang yang tiada bekalan atau tersalah membawa bekalan, bekalan ilmu dan amal soleh diminta tapi amalan dosa dan maksiat pula yang dibawa. Mereka meraung-raung meminta untuk dikembalikan hidup didunia untuk mencari bekalan akan tetapi tidak akan diberi peluang kali kedua.  Nauzubillah. Bila kita telah berada diSANA tiada siapa lagi yang dapat membantu keluarga..kawan..semua tidak dapat membantu.

Untuk menyediakan bekalan iaitu bekalan ilmu dam amalan soleh keSANA bukanlah perkara yang mudah, tambah lagi dengan keadaan masyarakat yang terlalu mengejar dunia. Kerana kecanggihan teknologi manusia lupa asal usul dan "kampung halaman" mereka. Oleh itu marilah kita sama-sama nasihat menasihati sama ada kepada keluarga, sahabat dan masyarakat untuk sama-sama menyediakan bekalan keSANA. Bila bercakap memanglah mudah tp hakikatnya untuk melaksanakannya amatlah payah terutama kepada orang yang terdekat dengan kita, kita takut dan terkunci mulut secara tiba-tiba untuk memberi nasihat kepada mereka. sedangkan hati kita beria-ia untuk memberi peringatan. Apakah punca kita tidak berani memberi nasihat? sy pun masih mencari-cari jawapan disebalik ketakutan ini. Adakah kita takut mereka akan marah kepada kita dan akan berlaku pergaduhan? atau kita takut dengan diri kita sendiri? Tp apa pun puncanya jika kita rasa masih tak mampu untuk memberi nasihat betulkanlah diri sendiri terlebih dahulu insyaAllah suatu hari akan timbul keberanian itu berkat kesungguhan dan pertolongan daripada Allah. Disamping carilah sahabat yang boleh membantu kita sama-sama membuat kebaikan.

Untuk membayangkan keadaan diSANA mugkin tidak dapat dibayangkan oleh kemampuan akal kita yang terbatas ini. Tp cuba kita bayangkan situasi ini bagaimana keadaan kita apabila kita mengikuti satu rombangan perkhemahan yang akan  masuk ke dalam hutan, yang mana hutan itu tersangat tebal, jauh dipedalaman, dipenuhi dengan binatang buas, bila saja masuk hutan line telepon akan terus terputus, tidak kira perkhidmatan talian apa-pun celcom, maxis,digi dan seangkatan dengannya. Tujuan perkhemahan ini adalah untuk menguji kemampuan setiap individu menghadapi cabaran disamping untuk mentarbiyyah diri setiap peserta. Setiap peserta masing-masing dinasihatkan untuk menyediakan bekalan dan peralatan keselamatan secukupnya kerana apabila masuk kesana kita tidak lagi dapat keluar untuk mencari bekalan, bantuan dan lain-lain. semua bergantung kepada diri sendiri. Telah banyak kali ketua rombangan berpesan supaya menyediakan bekalan secukupnya.  Akan tetapi oleh kerana terlalu leka dengan perkara lain dan perkhemahan ini telah diubah tarikh dan semua peserta dikehendaki menerimanya tidak kira bersedia atau tidak, kira "on the spot" la dan kita terlupa untuk menyediakan bekalan samada makanan, ubatan dan peralatan lain kerana kita merasa masa masih panjang lagi dan tak sangka tarikh akan berubah akhirnya  kita terpaksa pergi dengan apa yang ada sahaja. Bagaimanakah nasib kita di dalam hutan itu??...sama-sama kita buat kesimpulan. Tapi cerita ini tidak boleh disamakan dengan keadaan di SANA. kerana mugkin kita masih lagi dibantu oleh sahabat-sahabat yang lain. Tapi di SANA tiada siapa lagi yang boleh membantu kita. Sama-sama kita bermuhasabah diri, terutamanya buat diri sy sendiri.

Akhirnya sama-sama kita menghayati pesanan ini..hiduplah didunia ini bagai musafir lalu yang singgah bagaikan dagang di rantau orang. Hatinya tetap merindui kampung halaman. Hiduplah bagai orang yang sedang menyeberangi satu jambatan. Tidak sudi berlama-lama kerana di situ hanya sementara. Kakinya melangkah kencang justeru jiwanya sudah di seberang kerana hidup kita di dunia ini hanya "Sekadar Di Persinggahan" . Dan sentiasalah berdoa semoga pengakhiran hidup kita dengan kesudahan yang baik..aminn ya Rabbal alamin.

 ~Dipersinggahan~

Sekian lama hidup di kegelapan,
Teraba-raba tanpa tujuan,
Akal dan budi seakan tak berfungsi,
Ke manakah diri??

Apa diturut kehendak yang meronta,
Menyeksa badan membakar jiwa,
Syaitan dan nafsu meracun dalam diri,

Kita sekadar di persinggahan,
Pasti kembali pada yang menciptakan,
Ombak dan badai lumrah kehidupan insan,
Insaflah semua darinya jua
Jangan biarkan diri terkorban dengan dunia…….

Pada ilahi bantuannya menanti,
Iman dan takwa yang sejati,
Itulah bekalan diri…..

Doa’ senjata mereka yang beriman,
Tuhan pencipta maha penyayang,
Mohon petunjuk mohonkanlah bantuan
Hanya pada tuhan