Author: Nur
•5:00:00 PTG


Seandainya aku disuruh memilih antara harta yang banyak atau kedudukan yang tinggi dengan jiwa tenteram yang damai dan selalu tersenyum, pastilah aku memilih yang kedua. Sebabnya ialah, apalah ertinya pangkat dan kedudukan sekiranya jiwa sering cemas? Apalah ertinya segala yang ada didunia ini, bila perasaan sering sedih seumpama orang baru sahaja selesai menghantar jenazah kekasihnya? Apalah erti kecantikan seorang isteri sekiranya sering berwajah suram dan hanya membuatkan suasana rumahtangga seperti sebuah neraka sahaja? Tentulah, seorang isteri yang tidak terlalu cantik akan menjadi seribu kali lebih baik sekiranya dia mampu menjadikan suasana rumah tangganya laksana syurga setiap saat,

Senyuman tidak akan berharga sekiranya tidak terbit dari hati yang tulus dan untuk menutupi perangai yang tidak baik. Lihatlah setiap bunga yang tersenyum, hutan tersenyum, sungai dan lautan, langit, bintang-bintang dan burung-burung semuanya tersenyum. Dan manusia, sesuai dengan watak dasarnya, adalah makhluk yang suka tersenyum jikalau dalam dirinya tidak menonjolkan penyakit tamak, jahat dan egoisme yang sering membuat raut wajah tampak kusut dan muram. Raut wajah seseorang adalah bisikan gambaran keadaan jiwanya. Oleh kerana itu, tidak akan tampak keindahan dari orang yang hatinya kotor. 

                                                                                                                                         (Dr.'Aidh Qarni)