Author: Nur
•1:23:00 PG


Di sana-sini semua orang sibuk mengucapkan selamat hari bapa, jika hari ibu disambut pada bulan mei manakala bulan jun merupakan sambutan hari bapa. Walaupun hari-hari merupakan hari bapa namun perlu juga satu tarikh yang mana ia disambut secara beramai-ramai untuk menambahkan lagi rasa dihargai oleh bapa-bapa semua, begitu juga dengan hari ibu.

Betapa besarnya jasa dan pengorbanan kedua ibu bapa, yang mana tak mungkin akan mampu kita membalasnya. Walau apa pun yang kita lakukan, namun kita seharusnya berbakti kepada mereka selagi mereka masih lagi bernyawa dan lakukanlah yang terbaik untuk mereka. Berbaktilah kepada ibu-bapa tanpa syarat sebagaimana mereka menjaga kita tanpa syarat. Jangan kerana ibu-bapa kita miskin, tiada pangkat dan darjat yang boleh dibanggakan dan tak mampu lagi untuk menyumbangkan sesuatu kepada kita maka dibiarkan mereka di rumah-rumah orang tua dan diabaikan tanggungjawab kepada mereka apabila mereka memerlukan perhatian kita.

Dan..jika kita ditakdirkan tergolong dalam golongan yang telah diabaikan tanggungjawab oleh mereka, jangan kita jadikan itu alasan untuk membiarkan mereka menghabiskan sisa kehidupan tanpa perhatian kita..walau sejahat mana pun perbuatan mereka...mereka tetap ibu-bapa kita. Ingatlah...kita takkan dapat memutuskan ikatan antara anak dan ibu-bapa..dan ingatlah juga kita suatu hari nanti akan mempunyai anak...jika itu yang kita lakukan kepada ibu-bapa kita..adakah tidak mungkin itu juga akan dilakukan oleh anak-anak kita kepada kita?? Dan yang paling penting..ingatlah akan balasan Allah...fikir-fikirkanlah..

Selamat hari bapa buat ayahku dan buat semua yang bergelar bapa .Buat bapa-bapa semua dan bakal-bakal bapa..laksanakanlah tanggungjawab kepada anak-anak sehabis-habisnya..didiklah anak-anak dengan didikan agama, kerana didikan agama merupakan benteng pertahanan yang amat kukuh buat kamu dan anakmu. Binalah benteng itu dengan sebaiknya dan jagalah ia sentiasa daripada dirobohkan oleh makhluk-makhluk durjana yang sentiasa mencari peluang untuk meruntuhkannya.

Buat yang bergelar ayah..terimalah..

Ketika kejauhan
Masihku ingat hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pemerkan
Bagaikan tiada keresahan
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian

Ketikaku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Disaat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau disisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat dihati…..

Tajuk Nasyid : Ayah
Artis : Ae-man
Album : Permata Ayah Bonda

************************************************************************************


Ayah..
Disebalik redup wajahmu..
aku dapat lihat kasih-sayangmu terhdp anak2..
walau tak pernah kau luahkan..
tp aku dapat merasainya..

Ayah..
Walau siapa pun ayah pada pandangan orang lain..
tp aku tetap merasakan ayahlah yang terbaik..
aku tahu ayah dah cuba yang terbaik..
malah sehabis baik..

Ayah..
Jika ditakdirkan ayah tak berharta..
Aku akan tetap menjagamu sebaik mungkin..
kerana..bukanlah dengan harta ukuran nilaimu.
malah nilaimu tak mungkin setanding
dengannya..

Ayah..
Betapa sayangnya aku kepadamu..
namun lidahku kelu untuk meluahkannya..
dan bagiku..kasih sayang itu tak perlu diluahkan dengan kata-kata..
tp..perlu dizahirkan dengan perbuatan..
kerana..itu lebih bererti..

Ayah..
Walaupun kita ditakdirkan untuk tidak tinggal bersama..
dan walau banyak halangan untuk memisahkan kita...
tp aku tetap merasai keterikatan hubungan antara anak dan bapa..
yang tak dapat dipisahkan oleh apa jua pun..

Ayah..
Aku selalu memohon kepada Allah..
jangan biarkan kau ditimpa sakit..
dan..jika kau ditakdirkan ditimpa sakit..
biarlah bebanan sakit itu ditimpa keatasku..

Ayah..
Akanku sentiasa memohon kepada Allah utk
kebahagian kita hidup di dunia dan akhirat..
dan berakhirnya kehidupan kita dgn kesudahan yg baik..
Aamin ya Rabbal a'lamin.

~Aku bukanlah yang terbaik untuk kedua ibu-bapaku..tp akanku cuba yang terbaik~

************************************************************************************
|
This entry was posted on 1:23:00 PG and is filed under . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response, or trackback from your own site.

0 comments: